Fobia!!

Lipas?! BUKAN!!
Tikus?! BUKAN!!
Cicak?! BUKAN!!
Rupanya cengkerik yang memasuki kelas kita semalam! Saya rasa cengkerik itu tertarik hati dengan seorang rakan kamu sampai tidak mahu berganjak dari bahu kawan kamu itu... Isyh! Isyh! Ada yang kata ini peristiwa yang menakutkan.. ada yang kata peristiwa yang melucukan... manakan tidak semua murid dengan telatah dan gelagat yang lucu semasa ingin "menghalau" cengkerik itu dari kelas.
Yang pasti rahsia saya terbongkar.. memang saya kurang gemar dengan serangga seperti itu. Lipas juga amat saya geli... terutama sekali yang boleh terbang!! Suatu ketika dahulu, ada seekor lipas yang "serang" saya pada waktu malam... Lipas itu tidak teragak-agak hendak terbang tepat pada muka saya. GELINYA!! Pernahkah murid-murid menghadapi situasi yang sama?
Ketakutan yang amat sangat akan sesuatu atau FOBIA memang dirasai oleh setiap manusia. Tiada seorang manusia yang sempurna sepenuhnya. Oleh itu, seseorang individu akan mengalami fobia tetapi jenis yang berbeza-beza. Ada yang takut hendak menaiki kapal terbang. Ada yang kurang selesa dengan keadaan yang gelap atau tempat yang sempit. Sebenarnya fobia ini dapat diatasi jika seseorang itu berani menghadapinya. Ia memerlukan keyakinan diri dan semangat yang kuat. Waktu kecil dahulu, saya tidak dapat mendekati dengan lipas walaupun seinchi. Sekarang... saya dapat menepisnya bila perlu :)
Fobia murid-murid pula apa? Sejak bilakah kamu mula mengalami fobia itu? Adakah kamu cuba menghadapi fobia itu? Bagaimana?
